Ulul
Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada para rasul yang memiliki
kedudukan tinggi atau istimewa kerana ketabahan dan kesabaran yang luar
biasa, dalam menyebarkan agama Islam. Di
antara 25 rasul, terdapat 5 orang rasul yang mendapatkan gelaran Ulul
Azmi. Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada rasul Allah yang
memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menyampaikan risalahnya.
Mereka
memiliki mempunyai keteguhan hati sangat mengagumkan, tabah luar biasa,
sabar dan kesabarannya tidak terbatas, meskipun mereka mendapatkan
berbagai macam celaan, hinaan, tentangan yang menyakitkan namun mereka
tetap teguh, sabar, dan senantiasa bertawakal dalam menyampaikan
ajarannya kepada manusia.
5 orang rasul yang memiliki gelaran Ulul Azmi adalah:
1. Nabi Nuh a.s.
2. Nabi Ibrahim a.s.
3. Nabi Musa a.s.
4. Nabi Isa a.s.
5. Nabi Muhammad s.a.w.
Dalil al-Quran tentang Ulul Azmi
Firman Allah S.W.T: Maksudnya:
"(Jika
demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka
bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulul Azmi" (yang
mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang
terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab
untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa
melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka
tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang
hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pengajaran (bagi
orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan
melainkan kaum yang fasik (derhaka)." (Surah Al-Ahqaaf : Ayat 35)
Mengenai
lima orang rasul yang diutuskan oleh ALLAH setelah dipilih daripada
kalangan para nabi yang digelar sebagai rasul Ulul Azmi memang
dinyatakan dalam Al-Quran sebagaimana firman ALLAH S.W.T:
"Allah
telah menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara agama yang Ia
tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh a.s.
dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Nabi Muhammad
s.a.w.) dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim a.s.
dan Nabi Musa a.s. serta Nabi Isa a.s., iaitu: Tegakkanlah pendirian
agama dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya.
Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang
engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa
yang dikehendakiNya untuk menerima agama tauhid itu dan memberi hidayat
petunjuk kepada agamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya
(dengan taat)." (Surah Asy-Syuraa: Ayat 13)
Sebab diberi gelaran Ulul Azmi:
1. Mendapat pengiktirafan Allah s.w.t.
2. Memiliki kesabaran yang tinggi semasa berdakwah
3. Sentiasa memohon kepada Allah s.w.t. supaya kaum mereka tidak diturunkan azab
4. Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberi hidayah kepada kaum mereka
5. Memiliki keazaman yang tinggi semasa berdakwah
1- Nabi Muhammad s.a.w
Muhammad
bin Abdullah bin Abdul Muttalib dari keturunan Ismail bin Ibrahim.
Diperkirakan hidup pada tahun 571M-632M dan diangkat menjadi Nabi pada
tahun 610M. Baginda ditugaskan berdakwah kepada seluruh manusia dan alam
semesta. Tinggal di Mekkah dan Madinah. Wafat di Madinah. Meninggalkan 7
orang anak. Rasulullah s.a.w namanya disebutkan 5 kali di dalam
Al-Quran.
Beliau
mendapat julukan ulul ’azmi kerana sejak kecil sampai dewasa, Rasulallah
saw selalu mengalami masa-masa sulit. Pada usia 6 tahun dia sudah
menjadi yatim piatu. Setelah dewasa ia harus membantu meringankan beban
bapa saudara (paman) yang merawatnya sejak kecil. Tentangan terberat
yang dihadapi adalah setelah diangkatnya menjadi seorang rasul.
Penentangan bukan saja dari orang lain, tetapi juga dari Abu Lahab, bapa
saudaranya (pamannya) sendiri. Rasulullah saw juga harus ikut menderita
tatkala Bani Hasyim diboikot (diasingkan) di sebuah lembah dikeranakan
dakwahnya. Dan masih banyak lagi kesabaran dan masa masa sulit yang
dihadapi baginda dari mulai lahir sampai beliau wafat.
2- Nabi Ibrahim a.s
Nabi
Ibrahim bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Beliau
diperkirakan hidup tahun 1997-1822 SM dan diangkat menjadi Nabi pada
tahun 1900 SM. Beliau tinggal di Iraq. Beliau wafat di Al-Khalil,
Hebron, Palestin. Nama beliau disebutkan sebanyak 69 kali dalam
Al-Quran.
Nabi
Ibrahim adalah nabi yang mendapat gelar ulul ’azmi kerana kesabarannya
yang tinggi. Dari mulai bayi Nabi Ibrahim sudah diasingkan ke dalam gua
disebabkan kerana perintah Raja Namrudz untuk membunuh setiap bayi
laki-laki yang baru lahir. Setelah dewasa, ia harus berhadapan dengan
raja dan masyarakat penyembah berhala termasuk kedua orang tuanya yang
pembuat berhala. Bahkan ia harus menerima siksaan yang pedih, iaitu
dibakar hidup-hidup dan diusir dari kampung halamannya. Sudah hampir
seratus tahun usia dan pernikahannya dengan Sarah, ia belum dikurniai
anak hingga isterinya meminta ia menikahi seorang budak berkulit hitam
bernama Hajar untuk dijadikan isteri. Akhirnya Hajar dapat melahirkan
seorang anak yang diberi nama Ismail. Allah memerintahkan Ibrahim untuk
melepas isteri dan anaknya yang baru lahir dan sangat dicintainya itu ke
tanah gersang di Makkah. Kerana kesabaran dan kepatuhannya, perintah
itu dilaksanakan. Namun, perintah lebih berat diterima Ibrahim, iaitu
harus mengorbankan Ismail yang baru meningkat remaja. Hal ini pun beliau
laksanakan, tapi Allah akhirnya menggantikannya dengan seekor domba
(kambing kibas). Selain itu ujian nabi Ibrahim a.s yang lain adalah
membangun Kaa’bah, dan menghadapi Raja Namrudz yang zalim.
3- Nabi Musa a.s
Musa bin
Imran dari keturunan Ya’qub bin Ishak. Diperkirakan hidup pada tahun
1527-1408 SM dan diangkat menjadi Nabi pada tahun 1450 SM. Beliau
ditugaskan berdakwah kepada Firaun Mesir dan Bani Israil di Mesir.
Beliau wafat di Tanah Tih. Mempunyai 2 orang anak.
Nabi Musa
a.s adalah nabi yang paling banyak namanya disebutkan dalam al-Qur’an
iaitu sebanyak 136 kali. Beliau termasuk Nabi yang mendapat gelar ulul
’azmi kerana kesabarannya yang tinggi dalam menghadapi dan berdakwah
kepada Firaun. Selain itu, dia juga Nabi yang sabar dalam memimpin
kaumnya yang selalu membangkang. Ketika Musa a.s akan menerima wahyu di
Bukit Sinai, pengikutnya yang dipimpin Samiri menyeleweng dengan
menyembah berhala emas anak sapi (lembu). Harun a.s yang ditugasi
mengganti tugas Musa a.s, tidak sanggup untuk menghalangi niat mereka,
bahkan ia diancam hendak dibunuh. Dengan kesabaran nabi Musa yang hebat
tapi beliau pernah tidak bersabar ketika berguru kepada Nabi Khidir a.s.
4- Nabi Isa a.s
Isa bin
Maryam binti Imran dari keturunan Sulaiman bin Daud. Diperkirakan hidup
pada tahun 1SM-32M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 29M. Beliau
ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Beliau juga tidak
wafat melainkan diangkat ke sisi Allah. Nabi Isa as Disebutkan sebanyak
25 kali di dalam Al-Quran.
Beliau
adalah nabi yang mendapat julukan ulul ’azmi kerana banyak memiliki
kesabaran dan keteguhan dalam menyampaikan ajaran Allah. Terutama,
ketika Nabi Isa as sabar menerima cobaan sebagai seorang yang miskin,
pengkhianatan muridnya, menghadapi fitnah, hendak diusir dan dibunuh
oleh kaum Bani Israil. Kehidupan nabi Isa as menggambarkan kezuhudan dan
ketaatan dalam beribadah.
5- Nabi Nuh a.s
Nuh bin
Lamik bin Mutuisyalkh dari keturunan Idris, lalu keturunan Nabi Syits
bin Adam. Diperkirakan hidup pada tahun 3993-3043 SM dan diangkat
menjadi Nabi pada tahun 3650 SM. Diperkirakan beliau tinggal di wilayah
yang kini disebut sebagai Iraq. Para ahli sejarah banyak menyebutkan
bahwa beliau wafat di Mekkah, dan memiliki 4 anak laki-laki. Nama Nuh
disebutkan sebanyak 43 kali dalam Al-Qu’ran.
Nabi Nuh
as mendapat julukan ulul ’azmi karena kesabarannya yang tinggi. Nabi Nuh
a.s adalah rasul pertama yang diutus Allah untuk meluruskan akidah dan
akhlak umat yang telah menyimpang jauh dari ajaran yang benar. Nabi Nuh
as digelari sebagai ulul ’azmi kerana kesabarannya dalam berdakwah dan
mendapat hinaan dari kaumnya. Nabi Nuh tanpa menyerah terus menerus
mendakwahi keluarga, kerabat dan masyarakat umum, untuk kembali ke jalan
yang lurus. Usianya hampir 1000 tahun dan jumlah umat yang mengikutinya
tidak lebih dari 200 orang. Bahkan isteri dan anaknya yang bernama
Kan’an tidak mempercayai ajaran yang dibawanya dan menjadi musuhnya.
Atas kehendak Allah umat nabi Nuh as yang membangkang ditenggelamkan
dengan banjir yang dahsyat dan semuanya mati, kecuali nabi Nuh as dan
pengikutnya yang beriman.
0 komentar:
Posting Komentar